Isnin, 2 Februari 2009

SELAMAT DATANG KE JAWI

Selamat datang ke JAWI. Lawatan anda ke laman ini adalah senantiasa dialu-alukan dan dihargai selalu.

Tujuan saya mengadakan laman ini adalah untuk menyampaikan beberapa perkembangan dan maklumat terkini yang terjadi dalam kawasan Jawi buat para pelawat yang dihormati. Dengan pembangunan ruangan ini juga, saya juga berharap para pelawat dapatlah memahami dan menikmati segala kemudahan yang akan disediakan dan memperolehi kualiti perkhidmatan yang lebih baik dari saya.

Hasrat saya juga tak lain tak bukan, iaitu memajukan KADUN Jawi sebagai salah satu tempat yang bersih dan indah serta selesa untuk didiami, bekerja dan juga kompentatif untuk pelaburan sama di dalam mahu pun di luar KADUN Jawi. Aspek kebersihan, kesihatan, pembangunan infrastruktur dan kerohanian yang seimbang amatlah diutamakan supaya masyarakat Jawi yang mampan dapatlah diwujudkan. Pada dasarnya, saya amat memerlukan satu pendekatan bagi membolehkan kita untuk menjangkau jauh ke arah hadapan dengan mengambil kira tentang beberapa faktor kritikal yang mana mungkin akan berlaku di kemudian hari nanti. Perancangan dan Pembangunan masa hadapan kita tidak boleh diabaikan untuk menjadikan Jawi sebuah tempat yang maju dan selesa. Dalam merealisasi hasrat ini, kerjasama yang padu lagi erat antara pemimpin dan masyarakat perlu dijalin dan dipertingkatkan selalu untuk menjamin kedudukan dan peranan setiap entiti dalam KADUN Jawi.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian tuan-tuan / puan-puan meluangkan masa bersama-sama dengan saya di situ.

YB Tan Beng Huat
ADUN Kawasan Jawi.